Sunday, January 9, 2011

PLKN?

hmm... dah hampir seminggu kawan-kawan kita yang terpilih untuk PLKN kat kem kan? apa laa yang diorang semua buat ek? tu laa antara soalan-soalan yang selalu bermain-main kat fikiran blog tentang kawan-kawan kita yang hidup mereka dilatih sama macam hidup askar sekarang. 


okay, mungkin ada antara kita yang fikir, "fuhh, selamat aku tak dapat PLKN...". tak kurang jugak yang fikir, "alaa, kenapa aku tak dapat...".itu semua hak peribadi masing-masing. blog tak nak cakap apa-apa. semua orang ada perspektif sendiri tentang PLKN. tapi bagi orang yang menjadi blog hari ni, dia pun ada perspektif sendiri jugak. bagi dia, dapat PLKN bagus, tak dapat pun bagus jugak. nak tahu kenapa? untuk orang yang bersekolah di sekolah berasrama, mungkin tak kisah sangat sebab diorang memang dah ada kawan kat banyak tempat. tapi bagi orang yang bersekolah di sekolah biasa, dari umur 7 tahun sampai 17 tahun kat tempat yang sama, inilah peluang nak ramaikan kawan. ni sebab yang paling biasa laa. "alaa, setakat cari kawan baru kat mana-mana pun boleh..." ok, macam mana pulak dengan elaun? setahu blog, orang yang dapat PLKN ni dapat elaun tiap-tiap bulan. "setakat elaun RM300 setiap bulan, kalau kerja dapat lagi besar laa...". tapi kalau kita dalam kem PLKN, kita tak payah nak keluarkan kos apa-apa pun. kita cuma duduk dalam kem 3 bulan, makan dah sedia, ikut program yang disediakan dan duit tetap masuk tiap-tiap bulan. kalau nak dibandingkan dengan kerja, kena keluar duit transport, makan lagi, nak bangun awal lagi, nak layan kerenah bos lagi, kalau yang kerja kat shopping complex or kedai, nak layan kerenah pelanggan lagi, kan penat tu... kalau kat PLKN, ya, memang kita penat fizikal dan mental, tapi penat tu akan jadi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. pengalaman adalah sesuatu yang perlu dialami, bukan dicipta dengan teknolgi canggih sekarang. tapi kalau kerja, penat fizikal dan mental tu lain. kita kena hadapi macam-macam perkara dengan macam-macam orang setiap hari.


itu cerita kalau dapat PLKN, yang tak dapat pulak? masa tiga bulan tu tak lah panjang sangat. tapi kalau kita dapat manage masa tu betul-betul, macam-macam kita boleh buat. sementara yang kat PLKN tu sibuk dengan kawad, flying fox, rafting, jungle trekking, rock climbing, abseiling dan semua aktiviti yang berkaitan ikhtiar hidup di hutan tu, kita yang tak terlibat ni boleh gunakan masa ni untuk kenal dunia sekarang. dunia sekarang adalah cabaran yang paling besar. kalau kita tak betul-betul kuat dan tabah nak harungi semua ni, mungkin kita yang akan menambah kes polis dan menambah tugas peguam kerana terlibat dengan kes bunuh diri. atau mungkin tekanan hidup di dunia yang buat kita alpa, lalai dan leka dengan hiburan dan keseronokan dunia. inilah realiti sekarang, kita selalu lupa yang kita ada yang Paling Berkuasa dalam dunia yang fana' ni... kalau kita bekerja pulak, ni la peluang untuk kita tingkatkan social skill kita. bukan la blog cakap yang social skill korang tu tak bagus. kalau dah bagus pun, tak salahkan kalau kita nak baguskan lagi? kita kena ingat, dalam dunia ni rambut memang sama hitam tapi hati lain-lain. kalau kita kenal orang yang tak berapa bagus perangainya, jangan terkejut kalau ada yang lagi teruk dan kalau kita cakap seseorang tu hebat, mesti ada lagi hebat dari dia. walau apapun, kita tetap tak dapat lawan yang Satu, pencipta kita. dialah segala-galanya. tanggungjawab kita di masa hadapan, masa ni jugak laa nak kenal. takkan laa bila dah nak kahwin nanti baru nak belajar urus rumah tangga bagi yang perempuan, yang lelaki pulak takkanlah lagi sebulan nak kahwin baru nak cari kerja, betul tak? semua kena rancang dari awal. hidup dunia sekarang memang susah. ya, memang kita ada teknologi tapi sedar tak teknologi sedikit sebanyak bawa musibah kepada manusia? fikir-fikirkanlah... 


blog rasa cukup laa untuk hari ni, itu pun dah terlampau panjang. ni la pendapat blogger hari ni tentang PLKN yang ada pro dan kontranya sendiri. blog tak kata semua yang blog cakap tu betul. macam blog cakap tadi, semua orang ada perspektif sendiri tentang PLKN. sebelum tu, blog nak mintak maaf kalau ada perkataan yang blog gunakan ada menyentuh sensitiviti sesiapa. blog tak berniat nak menyinggung perasaan. perjalanab kita masih terlalu jauh. kalau kita tak kuatkan diri dari sekarang, kita juga yang susah... hari pun dah makin gelap, mata blogger hari ni pun dah berat. kalau ada apa-apa topik yang rasa patut dikongsi bersama, bagitahu blog ye...


assalamualaikum...         

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Say bye2 to 2010 and welcome to 2011..Selamat Tahun Baru semua, soalan pertama yang wajib ditanya . hehe , apa azam tahun baru korang semua ? . sempena tahun baru ini , marilah kita memasang azam baru bagi meningkatkan lagi diri kita kearah yang lebih baik , Insya-ALLAH . Semoga tahun baru yang mendatang ini membawa perubahan dalam diri seiring dengan umur kita semua yang semakin meningkat @ tua... hehe,tua ke?? sendiri tahulah kan .  Seiring dengan objektif penubuhan group ini , diharap kita semua dapat merealisasikannya pada tahun ini juga . kepada yang memberikan kerjasama yang baik , ucapan jutaan terima kasih blog hulurkan . blog juga mengalu-alukan sebarang cadangan dari korang semua , dan sebarang cadangan boleh diajukan kepada Nazleatul Nadira dan Syafiqah Lyana . blog stop sampai disini dulu , segala perkembangan baru akan dipost kemudian . terima kasih =) and Happy New Year . .


Thursday, December 30, 2010

Untuk semua rakan Di SKBB 2005 =)

asslammualaikum rakan-rakan semua . hehe . ayat dramatik . blog gembira bila dapat jumpa kamu orang semua yang telah lama blog tinggalkan . bertahun blog tak dengar berita tentang korang semua . blog ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk pemilik FaceBook ini , kerana telah menemukan kawan-kawan semasa di sekolah rendah dahulu . . blog rindukan korang semua , blog sayang sangat sangat kat korang semua , dekat sana tempat blog membesar dan menjadi orang yang mengingati kawan kawan . tetapi malangnya , blog telah banyak melupakan kawan kawan di sana . hahaha . tapi tape ini bukan satu penghalang untuk kita berjumpa semua balik . blog bercadang akan membuat 1 perjumpaan iaitu RUNION di tempat yang akan di cadangkan nanti dimasa perbincangan berlangsung . blog harap tiada alasan yang akan diberikan nanti ok . perbincangan yang akan di bincangkan nanti .

                                 
                                        ORGANISASI PERSATUAN PELAJARA SKBB 2005

Presiden : Muhamad Najeb Bin Sarman
Naib Presiden : Umi Nurhikmah Binti Abdul Wahid
Setiausaha : Syafiqah Lyana Binti Shamsuri
Bendahari 1 : Nur Hidayah Binti Norazman
Bendahari 2 : Fatin Azwani Binti Khalid
AJK Logistik : Mohamad Adam Bin Mansor
AJK Keselamatan
 1 : mohd azrol Bin Sidek
2 : Mohd Faiz Bin Salleh
   3 : Amirul Amin Bin Adam
   4 : Khairul Fahmi Bin Soffi
AJK Makanan : -



OBJEKTIF

  1. Mengeratkan hubunga silatulrahim antara rakan-rakan.
  2. Meningkatkan tahap keperihatinan terhadap rakan-rakan melalui interaksi dan perhubungan.
  3. Saling mengingati dan meraikan hari lahir .
  4. berkongsi suka dan duka bersama rakan-rakan.


YURAN

Yuran belum ditetapkan . 
bajet dalam tangan seratus , belance akan dipulangkan . 

Terima Kasih

Terima Tasih kepada Syafiqah Lyana kerana telah mencipta blog ini . Blog ini dicipta atas dasar untuk memberi tahu perkembangan-perkembangan yang telah di bincangkan oleh GROUP SKBB 2005 . group skbb ini telah di bina pada 09/10/2010 , dan Terima Kasih juga kepada Umi NurHikmah kerana telah mencipta group ini . group ini bermula daripada FaceBook , dan telah di cadangkan oleh Adam untuk membuat satu blog yang ringkas untuk di membincangkan hal-hal mengenai perkembangan-perkembangan GROUP SKBB 2005 . terima kasih =)